*UNTUK RENUNGAN ORANG YANG BERGELAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN.*
*KETAHUILAH BAHAWA AMANAH YANG SEDANG KAMU PIKUL ITU BUKANNYA RINGAN. MUNGKIN PANDANGAN DI DUNIA NAMPAK RINGAN TETAPI TIDAK PADA PANDANGAN AKHIRAT.*
Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz
Diceritakan di dalam kitab Bidayah wan nihayah karya Ibn Katsir, bahwasanya Fathimah, isteri Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz mengatakan:
“Suatu hari, aku masuk rumah. Aku menjumpai suamiku duduk di tempat solatnya. Dengan meletakkan tangannya ke pipi. Air matanya mengalir deras melewati kedua pipinya.
“Aku berkata: Apa yang membuatmu menangis?
“Umar berkata: Duhai Fathimah!, aku baru saja dilantik menjadi pemimpin ummat ini. Lalu aku terfikir akan orang faqir yang kelaparan, orang sakit yang tersia-siakan, orang tak punya pakaian lagi kelaparan, anak yatim yang rapuh, janda yang hidup sebatang kara, orang yang dianiaya, pengelana, tawanan, orang yang sangat tua renta, orang yang mempunyai banyak keluarga, orang yang kekurangan, dan orang-orang yang serupa dengan mereka, yang berada di tepi daerah ini
“Aku mengetahui, bahawa sesungguhnya Tuhanku, Allah ‘Azza Wa Jalla, akan menanyakan perihal tanggungjawab itu semua kepadaku, kelak di hari kiamat. Maka aku khuatir, aku tidak boleh mempertanggungjawabkannya. Hatiku bersedih dan aku menangis.”
*(Ibnu Katsir, Kitab Bidayah wan Nihayah, juz 9, hal. 214. Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyah)*
